Tajuk

Thursday, September 15, 2011

My new laptop Acer Aspire 4755G yang best...heh

Salam...
semalam pihak mahkamah mammoth hantar laptop baru yang aku pinjam kat diorang. hehe
Teruja sangat...kaw-kaw punya aku happy. Lama dah rasanya tak merasa perasaan macam ni tau. Walaupun aku beli hutangian (heh,cover line sikit). ok, ini ceritanya.

Laptop yang aku 'pinjam' ni berjenama Acer Aspire 4755G. Dijana kuasa processor intel core i5-2410M 2.3GHz ntah ape ke bende dan with turbo boost up to 2.9GHz. Grafik pulak disokong oleh NVIDIA Geforce GT 540M up to 3761mb turbocache. itu kate katalog nyer. Aku ikut je. kehkehkeh

Ram plak 4gb ddr3,Hdd sebanyak 640gb...kira ok laa. Saiz skrin adalah 14". lebih besar dari skrin laptop aku yang sebelum ni iaitu Compaq HP CQ20 yang cuma 12.1 je. Ade korang kesah?hahaha

Hahahaha...aku pun tengah mencuba lagi dia punya prestasi macam mana. Baru lagi beb, calar sikit pun takde lagi. Laptop lama aku dulu siap jatuh dari atas lori lagi tapi masih ok.

0 comments: