Tajuk

Wednesday, September 14, 2011

Aku masih di sini.

Ya....
aku memang masih lagi di sini, masih lagi seperti dulu. Masih merindui segalanya tentang dahulu, impian-impian yang belum terlaksana. Memang aku akui aku banyak berubah. Entah laa, macam-macam aku lalui jugak. Aku pun ada cabaran dan dugaan yang terpaksa aku tempuh. Aku tak mahu orang lain tahu cabaran yang aku hadapi, mungkin berbeza dengan apa yang kau alami tapi ianya amat berkait rapat.

Hari raya yang lepas aku cuma raikan dengan serba sederhana. Sungguh, aku kusut jugak masa sebelum raya. Banyak jugak barang peribadi yang aku let go. ohhhh.... sungguh, kau takkan mampu mengerti seperti aku yang tak memahami apa yang kau lalui. Aku terima segalanya, biarpun hati aku pedih tak terperi. Hilang sudah serinya, dan mungkin aku akan lenyap dari  nick name yang aku guna sekarang. Kenapa? Sebab aku tahu aku bersalah, terlalu bersalah, jual ikan (selfish) dan segala bentuk kesilapan teknikal serta tak perlu ada dalam dunia online. Aku percaya, dengan wujudnya aku di alam siber ini pasti akan melukakan banyak pihak. shame on me.

Di kesempatan ini juga aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan darimu, kemaafan darimu, aku gagal dalam menunaikan misiku. Inilah padah yang aku terima. Well, dunia belum berakhir. Tak hari ini, esok lusa belum tentu lagi. Masih ada harapan. I hope so.

Peace.

0 comments: