Tajuk

Monday, June 20, 2011

Apa?aku pun tak pasti.....perjalanan hidup.

Salam....

aku tetiba tergerak hati nak update blog jurnal aku nih. Entah la, tetiba je rasa macam nak menaip.hehehe
walau pun aku rasa macam takde bahan nak dimasukkan.
Kalau difikirkan semula zaman sewaktu aku mula-mula hidup berdikari dulu...aku jadi pilu, sedih tak terhingga.
Hidup menumpang rumah kawan  dari satu rumah ke rumah lain cukup mengajar aku erti hidup sebagai perantau.(perantau laa konon). Banyak kenangan pahit manis yang segar dalam ingatan aku. Paling aku sedih bila part aku terpaksa menahan lapar masa balik dari keje tengah-tengah malam tanpa menikmati hidangan makan malam seperti orang lain. Menumpang laa katakan, takkan aku pandai-pandai nak jengah dapur tanpa dijemput ye tak? lagipun aku masih ada maruah lagi. Kenapa tak makan diluar? Hmmmm....susah nak cakap laa.

Waktu itu aku cuma keje biasa di sebuah pasaraya, gaji pun seciput laa sangat. Cukup-cukup bulan pun tak sampai. Selalu jugak aku berfikir yang aku kerja untuk apa pada masa tu. Kalau nak kata untuk kesenangan macam tipu je...heh.apa yang aku nak senang pun entah.waktu tu saper yang ada hanset dah kira golongan yang mewah. Hanset bapak tebal wa cakap lu. Hahahaha....

Dan sekarang....aku berasa amat bertuah, beruntung, bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan rezeki yang baik walau tidak semewah orang lain tetapi bagi aku cukup besar nikmatNya. Alhamdulillah. Kalau kerja tu buatlah dengan ikhlas....tugas itu satu amanah, tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Lain laa kalau ada bisnes sendiri. Itu aku tak tau.heh...walau hakikatnya sama iaitu IKHLAS.(kalau meniaga pun asyik kencing pelanggan pun tak guna jugak)

ehhhh...aku nak abis keje daa.hehe. aku out dulu nanti aku sambung cerita aku yang tak sebest ni k.heh

p/s: ada ke orang baca?

1 comments:

cdc7a200-a7f7-11e0-9bed-000bcdca4d7a said...

tak kan ada kesenangan sebelum melalui kesusahan...